Assalamualaikum & Hai dear..! Bertemu kembali di entri terbaru iema iaitu iema akan kupas Produk Mekap dari Mary kay, iaitu CC Cream...!
Sekiranya anda seorang yang sukakan Litupan yang Ringan, Mary Kay CC Cream ini adalah pilihan yang Tepat untuk anda. 👍
Jom iema cerita, Kebaikan Mary Kay CC Cream:
1. Melindungi: melindungi kulit daripada kerosakan sinaran UVA dan UVB dengan spektrum luas SPF15.
2. Mencerah: Menyerikan kulit dan mencerahkan tona kulit dengan segera.
• 95% wanita berkata bahawa ia telah menyekatakan tona kulit
• 87% wanita berkata bahawa ia menyerikan kulit dengan segera
3. Membetul dengan pelitupan yang ringan: Pigmen berasaskan mineral membantu membetulkan ketidaksempurnaan pada kulit dan menambahbaikkan tona kulit keseluruhan dengan pelitupan ringan seperti bebas solekan.
• 93% wanita berkata bahawa mereka berasa ianya adalah ringan pada kulit
• 92% wanita berkata bahawa kulit kelihatan lebih sihat
• 79% wanita berkata bahawa ia membuatkan kulit mereka tampil sempurna
![]() |
Kulit kemerahan |
4. Meminimumkan kemerahan: Melegakan dan meminumkan kemerahan kulit. Ia telah diuji pada wanita yang mempunyai masalah rosasea dan bersetuju bahawa ia telah membantu dalam mengurangkan tampilan kemerahan tersebut.
• 91% wanita berkata bahawa ia telah meminimumkan tampilan kemerahan.
![]() |
Cela pada wajah |
5. Pelitupan: Melitupi tampilan cela-cela dengan segera. Ia berupaya melitupi lingkaran hitam dan bahagian berbayang serta boleh diadunkan dengan tona kulit anda baik sekali. Tambahan pula, ia melegakan dan memelihara kulit jerawat serta menenangkan kulit bermasalah.
• 88% wanita berkata bahawa ia telah mengurangkan tampilan cela-cela
6. Menghidrat: Kekal hidrat selama 10 jam. Kulit berasa hidrat dengan segera. Ia memberikan rasa lembap yang melegakan tanpa berasa berminyak atau melekit.
Sekiranya anda banyak duduk di dalam keadaan berhawa dingin, kulit anda cenderung untuk menjadi lebih kering, dengan menggunakan Mary Kay CC Cream ini dapat mengurangkan rasa tersebut kerana kulit anda akan kekal hidrat.
7. Mengurangkan tanda-tanda penuaan: Garisan-garisan halus kelihatan kurang nyata. Ia juga membantu meminimumkan tampilan liang pori dan pada masa yang sama ia menambahbaikkan tekstur kulit dengan ketara.
• 83% wanita berkata bahawa kulit kelihatan lebih muda
8. Mempertahan: Melindungi kulit daripada radikal bebas yang merosakkan dengan kuasa antipengoksidaan itu.
Pilihan Warna CC Cream:
Sekiranya anda berkulit cerah, boleh memilih CC Cream Very Light
Sekiranya anda berkulit sawa matang, boleh memilih CC Cream Light-Medium
Untuk mendapatkan pemilihan kaler yang Tepat, pastikan anda dapatkan Khidmat nasihat daripada Beauty Consultant Mary Kay yang Berdaftar ya..!
Terima kasih kerana sudi baca cerita iema di entri ini. semoga membantu anda..!
tunggu ape lagi??? sila contact Consultant anda untuk dapatkan khidmat nasihat dari beauty consultant anda.
Sekiranya anda tiada Beauty consultant, iema sudi untuk menjadi Consultant dan membantu anda selesaikan masalah Kulit Wajah anda..!
Anda akan berasa sangat puas Hati dengan hasil yang anda idamkan!
pssst... pastikan anda dapatkan Konsultasi sebelum memulakan Rutin penjagaan harian dan mingguan anda ya!