Assalamualaikum & Hai.... bertemu kembali di entri terbaru iema tentang Skincare untuk Hilangkan Parut Gelap Jerawat. Arini iema akan focus kepada Rutin Harian untuk memastikan anda boleh hilangkan parut jerawat di muka.
ha... lebih jelas kan bila tengok youtube iema kat atas ni? sekiranya anda masih belum dengar, boleh ambil masa 10 minit untuk mendengar ape yang telah iema share tentang produk hilangkan parut jerawat di muka.
Rutin Penjagaan Untuk Parut Gelap Jerawat
1) Pencuci
Pastikan anda memilih pencuci yang ada effect Pencerahan supaya parut anda dapat dipudarkan. Sebagai contoh, iema memilih pencuci Lumivie yang mempunyai Kesan Pencerahan pada wajah.
***Pastikan anda dapatkan nasihat Beauty Consultant sebelum menggunakan sebarang produk Mary Kay ya. Ini kerana tidak semua orang akan Sesuai menggunakan pencuci ini
2. Masker
Masker adalah step paling penting sekiranya anda nak hilangkan Parut gelap jerawat. Pastikan anda memilih masker yang mempunyai fungsi Exfoliate supaya segala sel kulit mati anda dapat ditanggalkan dengan Sempurna. Apabila Sel kulit mati anda ditanggalkan maka, parut gelap jerawat juga akan turut pudar sedikit demi sedikit.
3) Toner
Untuk anda yang mahukan kesan pencerahan pada parut gelap anda, iema galakkan anda menggunakan Lumivie Essence Water kerana ia focus pada pencerahan.
4) Serum
Serum adalah step paling penting untuk merawat parut gelap jerawat sehingga ke lapisan dalam kulit. Pastikan anda memilih serum yang focus pada pencerahan sekiranya anda nak Memudarkan parut gelap jerawat.
![]() |
Serum Hilangkan Parut Gelap Jerawat |
5) Pelembap
Pelembap wajib dipakai pagi dan malam sekiranya anda mahukan parut gelap anda pudar dengan segera. Ramai yang pakai Serum tetapi tidak memakai pelembap. Maka, anda tidak akan nampak kesan yang sepatotnya.
***Pastikan anda dapatkan nasihat Beauty Consultant sebelum menggunakan sebarang produk Mary Kay ya. Ini kerana tidak semua orang akan Sesuai menggunakan Pelembap ini
6) Perlindungan Siang, SPF
Sekiranya anda tidak mahu parut anda gelap, pastikan anda memakai perlindungan siang setiap hari. Ramai mengabaikan pemakaian SPF walaupon dalam rumah / berada dalam bangunan. Kulit masih terdedah pada sinaran UV dan juga blue light sama ada dari handphone, laptop, tv, lampu dan sebagainya.