Perlu ke Pakai Micellar Water?
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada anda. Entri kali ini iema ingin menceritakan tentang Produk Terbaru Mary Kay iaitu Mary Kay Micellar Water.
Pasti anda tertanya-tanya, adakah Micellar Water ini diperlukan dalam rutin Penjagaan harian anda?
Jom iema Kupas supaya anda tahu lebih detail ape itu Micellar Water.
Pernahkan anda melihat Pinggan, Mangkuk dan periuk yang Berminyak? adakah Bersih sekiranya anda membasuh kotoran & minyak degil pada Pinggan, Mangkuk dan Periuk tersebut dengan hanya menggunakan air paip sahaja? Pasti TIDAK bersih bukan? KENAPA?
![]() |
Minyak Sukar dibersihkan tanpa Sabun. |
![]() |
Micellar water umpama Magnet selepas di tuang pada Cotton Pad untuk menarik segala Kotoran pada wajah. |
Sesuai untuk Kulit Normal, Kering, Kombinasi, dan Berminyak. Ingredients utama di dalam Micellar water ini adalah air. Terdapat surfactant di dalam Micellar water ini iaitu dikenali sebagai Poloxamer yang berfungsi untuk memudahkan Kotoran dan juga Mekap dibersihkan dari wajah anda tanpa perlu dibilas dengan air.
Kelebihan Micellar Water Mary Kay:
1) Cara unik untuk membersihkan kulit.
Anda tidak perlu ke sinki atau bilik air untuk membersihkan solekan pada wajah anda. Sangat Mudah dan menjimatkan masa.
2) Lembut tapi Berkesan.
Sekiranya anda seorang yang mencuci muka menggunakan pencuci muka lebih dari 2 kali sehari, anda akan mengalami kulit kering dan lama-kelamaan kulit wajah anda hilang lembapan dan penuaan berlaku dengan cepat. Untuk mengelakkan kulit anda kering, anda hendaklah mengurangkan kekerapan cucian dengan pencuci kepada 2 kali sahaja sehari. Sebagai contoh jika anda ingin menanggalkan foundation/ sunblock dari wajah pada waktu zohor dan asar, anda hanya perlu menggunakan Micellar water sahaja. Wajah anda akan terpelihara daripada menjadi kering malah akan kekal lembap sentiasa.
3) Berfungsi sebagai Magnet yang menarik kotoran yang terkumpul pada wajah.
Micellar water sangat mudah membersihkan foundation dan mekap pada muka berbanding dengan menggunakan wet tissue. Ini kerana, Micellar Water bertindak sebagai Magnet yang akan menarik semua kotoran yang terdapat pada wajah anda dengan mudah dan cepat. Manakala air tidak dapat menarik kotoran daripada minyak seperti foundation, concelaer dan juga minyak.