Assalamualaikum & Hai. Bertemu kembali dalam entri terbaru iema iaitu Rutin Penjagaan Kulit Jeragat. Pasti anda nak tahu lebih Produk yang boleh hilangkan Jeragat? Jom iema share dengan anda. Ha... lebih jelas kan bila dah tengok video youtube iema? terima kasih kerana sudi luangkan masa dengan menonton video youtube iema tentang Rutin Penjagaan Kulit Jeragat. 😍 Inilah dia rupa jeragat. Ramai tercari-cari Cara Hilangkan Jeragat di pipi. Jeragat adalah tompok-tompok halus yang berwarna cokelat. Semakin lama dibiarkan, semakin besar tompok-tompok tersebut. Pastikan anda rawat segera sebelum tompok tersebut membesar tau. Kulit anda mempunyai 5 Lapisan. Jeragat akan bermula dilapisan pertama iaitu lapisan paling bawah sekali. Sekiranya anda tidak merawat jeragat tersebut, jeragat akan bertambah dari 1 lapisan ke lapisan yang lain sehinggalah ke lapisan kelima iaitu lapisan kulit terakhir yang anda dapat nampak di depan cermin. Semasa anda melihat jeragat...